Pelajar Kolej Swasta Maut Kemalangan Di Jertih

Tiga pelajar sebuah kolej swasta terbunuh manakala dua lagi rakan mereka cedera kereta yang dinaiki bertembung dengan lori tangki minyak di Jertih, dekat sini, kira-kira jam 6 pagi tadi.

Identiti pelajar yang maut dikenali sebagai Noor Diana Mohd Noor, 22, yang memandu kereta Perodua Viva, Zur Iras Zakaria, dan Nurul Shairah Abd Jabar, masing-masing berusia 19 tahun.

Rakan mereka yang parah dan sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kota Bharu ialah Bazilah Abdullah, Nur Adilah Mohd Ghazali, masing-masing berusia 19 tahun.
Pemandu lori tangki minyak Petronas dilaporkan tidak cedera dikenali sebagai Khairi Ayub, 43.

-Sumber dari sini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close