Panas! Video Seks Pembangkang Disahkan Tulen!

Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pembangkang telah disahkan ketulenanya oleh pakar tempatan yang telah melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman
video seks berkenaan.

Menurutnya, siasatan (video) kini di tahap terakhir dan ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu.

“Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen,” katanya yang mengumumkan perkara itu ketika sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol), hari ini.

Walaubagaimanapun, Ismail tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit dan kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untum tindakan selanjutnya.

Sinar Harian

———————————-

Terus menanti dengan sabar. Mungkin kita semua dah dapat mengagak apa keputusan akhir nanti. Walau bagaimanapun jangan wujudkan spekulasi anda sendiri. Biarkan polis selesai menjalankan siasatan mereka.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close