Nampak Cool Tapi Sentap Juga Engkau Ye…

Belalang nak kongsi satu kisah nih. Hal ni berlaku dalam dua tiga hari sudah. Dah dua tiga hari berlaku baru teringat nak kongsikan? Apparra Belalang. Hehehe jangan marah jangan marah, meh dekat-dekat sket belalang nak start story…

Sebenarnya Belalang nak cerita perihal seorang blogger nih. Al-kisahnya dia kelihatan seorang yang cool dan sentiasa saja mempunyai pandangan yang tajam dalam dunia blog. Setiap perkara yang dia buat semuanya ada strategi (katanya la). Blogger ni juga selalu menasihati blogger-blogger lain dengan kata-kata yang sangat memikat. Memang pandai bermain kata-kata la blogger nih.

Nak dijadikan cerita, satu, malam tu Belalang ronda-ronda la di Facebook. Kemudian Belalang terlihat satu post  status blogger cool ni berkaitan dengan satu contest blog yang dia sertai. Seperti biasa blogger-blogger lain akan berlumba-lumba komen pada status blogger tersebut. Dalam banyak-banyak komen tu, ada la satu komen dari blogger ni macam mempertikaikan sedikit kempen yang dijalankan oleh blogger cool tersebut.

Dengan tak semena-mena blogger yang terkenal cool nih terus sentap dan menulis sesuatu yang Belalang rasa tak sesuai langsung dengan cara dia sebelum nih yang selalu menasihati blogger lain. Perbuatan dia tu memperlihatkan sama taraf jer dia dengan blogger-blogger yang pernah dia nasihat.

Kalau dilihat pada kritikan yang diterima tu, takde la teruk sangat. Biasa saja. Tapi tindakan dia tu betul-betul lain dari sifat yang selalu dia tonjolkan. Entah la, mungkin hari tu dia ada apa-apa masalah atau hari tu memang bad day blogger cool tersebut?

Belalang tersenyum jer membaca status dan komen di wall blogger cool tersebut. Dalam hati Belalang berkata
“Cool-cool kau pun sentap jugak disebabkan hal kecik macam tu”

hehehe…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close