Menyesalnya Belalang!

Huwaa!!! Belalang nyesal! Sumpah Belalang nyesal! Nyesal tahap peringkat daerah dah nih. Kalau tau macam ni, awal-awal aritu dah buang apa yang patut.

Apa yang Belalang nyesal sangat ni? Kes MLM? Nuff tak bayar duit? Parti kalah pilihan raya? Apakah? Kah? Kah? Kah?… Semua andaian korang tu tak benar sama sekali. Satu pun takde yang betul. Saja je buat nyesal lebih-lebih pada hal benda kecik jer… Ngee…

Sebenarnya Belalang baru seminggu tak buka email. Saja malas nak check sebab dah tau bukan ade email-email penting pun. Jadi pagi tadi dalam pukul 2 pagi macam tu, Belalang pun buka la email yahoo Belalang. Saja nak clear email-email yang tak penting.

Bila buka jer email Belalang, Nah! amik kau… Email dalam seminggu je Belalang terima 3500! Aduh… Macam mana la Belalang boleh lupa yang Belalang tak off lagi di group Universiti Blogger (UBM) dan Komuniti Gila Blog untuk menerima notifications melalui email macam yang Belalang dah buat di group-group lain? Bukan tak tau nak buat macam mana. Siap pernah buat entry ajar blogger-blogger lain lagi di sini.

Emm… Nyesal pun tak guna dah. Apa nak buat, terpaksa la Belalang merajinkan diri Belalang untuk clear semua email-email tu. Tensen betul. Jadi kepada korang yang ada masalah macam Belalang dan tak tau macam mana nak hentikan terima notifications dari goup yang korang join, sila klik pada link yang Belalang kasi kat perenggan atas ni ye.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close