Mentor Musim 5 Minggu ke-3 17 April 2011

Persaingan Mentor musim 5 minggu ke-3 semakin bertambah panas. Masing-masing peserta iaitu Ratna (aflin Shauki), Ayies (Noh) dan Shiha (Sharifah Aini) menunjukkan peningkatan dari segi mutu vokal dan persembahan. Melihat kepada gaya persembahan, Shiha dan Ratna kelihatan sangat sengit saingan mereka.

Seperti biasa pada pusingan kedua para peserta akan mendendangkan lagu  secara duet dan Ratna telah berduet bersama One Nation Emcees. Sementara Ayies pula berduet bersama Uji Rashid dan Shiha berduet bersama Salleh Yaacob.

Dua minggu berturut-turut Shiha mendapat markah tertinggi daripada juri awam. Namun pada malam ini Ratna telah berjaya mencuri hati juri apabila menerima markah sebanyak 20, Ayies 15 dan Shiha 19.

Markah keseluruhan juga menjadi milik Ratna apabila berjaya mengumpul markah dari juri awam dan professional sebanyak 76. Sementara Ayies mendapat markah keseluruhan pada malam ini sebanyak 45 dan Shiha pula sebanyak 63.

Pun begitu Shiha masih lagi mendahului markah dari pungutan markah keseluruhan sebanyak 190.

Facebook Comments
Close