Maharaja Lawak Minggu Ke-4: Man, Jihan Atau Amir Yang Tersingkir?

0Maharaja Lawak diteruskan lagi minggu ini setelah minggu sudah kita dapat melihat 3 peserta terpaksa meningalkan gelanggang Maharaja Lawak akibat undian yang tak memihak kepada mereka.

Terkini undian yang kita ketahui Amir berada pada kedudukan terakhir diikuti Jihan dan juga Man. Sementara undian paling tinggi menjadi milik Johan, Nabil dan Sepah.

Antara tiga peserta yang berada di bawah tu, agak-aak korang siapakah yang akan meninggalkan gelanggang pada malam ini? Lumrah dalam setiap rancangan realiti TV, jarang sekali peserta yang pada mulanya diumumkan berada paling bawah akan terkeluar. Adakah Jihan atau Man yang terpaksa pergi?

Keputusan akan Belalang tulis di sini sebaik sahaja pihak juri mengumumkan nama peserta yang terkeluar. Jadi kepada sesiapa yang tak dapat menonton Maharaja Lawak, jangan lupa untuk kembali ke blog ini untuk melihat peserta mana yang tersingkir.

——————————————–
Tiga peserta dipanggil menaiki pentas kerana memiliki undian terendah. Mereka adalah Jihan, Man dan Alex. Dan peserta yang terpaksa meninggalkan pentas Maharaja Lawak ialah…..


ALEX




Facebook Comments

Comments are closed.

Close