LIVE! Harimau Muda A vs. Kedah 20 April 2011

Kelmarin enam perlawanan liga super telah berlangsung dimana kita dapat melihat Selangor semakin memperkukuhkan kedudukan liga apabila berjaya menewaskan Sabah dengan jaringan satu gol dan pencabar terdekat mereka, Terengganu pula hanya sekadar mengutip satu mata apabila terikat seri satu sama dengan Perak. Satu-satunya perlawanan liga super yang bakal berlangsung pada malam ini ialah pertemuan diantara Harimau Muda A (HMA) bertemu pasukan Kedah di Stadium Shah Alam.

Kedah yang kini berada ditangga yang kelima dalam carta kedudukan liga mampu memperbaiki kedudukan mereka dengan naik satu anak tangga sekiranya berjaya mengutip tiga mata penuh. Namun lawan mereka HMA juga bukanlah calang-calang pasukan meskipun. Terdiri daripada tenaga muda yang masih bertenaga dan pantas, Kedah dilihat dalam keadaan bahaya jika cuba memandang rendah pada HMA.

Apa-apapun tentu saja peminat kedua-dua pasukan ini tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui keputusan perlawanan pada malam ini. Jangan lupa untuk kembali ke blog ini kerana Belalang akan update perlawanan ini secara live update. Anda hanya perlu refresh page ini untuk melihat kedudukan terkini. selain itu sesiapa yang mempunyai Astro boleh juga menyaksikan perlawanan ini di saluran 801 pukul 8:45 malam.

Harimau Muda A 0 : 1 Kedah FA
(tamat perlawanan)
Untuk melihat keputusan liga super 19 April 2011, klik sini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close