Lirik Terakhir Seri Bayu: Sebelum Aku Pergi

“Sebelum Aku Pergi” adalah lirik lagu terakhir yang dicipta oleh Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 45, yang meninggal dunia di Hospital Port Dickson 8.30 malam tadi akibat penyakit saraf. 


Lirik itu dihasilkannya beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, khusus untuk anak angkatnya Nazira Abdul Ghani, 16, yang baru mahu bertapak di bidang seni.


“Dia menyiapkan lagu ini dengan bahasa isyarat dengan dibantu oleh Nazira. Lagu dan lirik ini ditulis dalam dua minggu terakhir hidup Allahyarham.
“Lirik yang ditulis untuk lagu berkonsepkan balada ini banyak menyentuh kesedihan Allahyarham terutama mengenai masalah penceraian dengan isteri keduanya.” kata abang angkat Allahyarham, Abdul Ghani Pandak Sidi. 


Baca selebihnya di sini.

—————————————–

Masih jelas di mata Belalang temu ramah wartawan Melodi dengan arwah tentang arwah ditinggalkan oleh isterinya. Sangat sedih dengan perkara-perkara yang menimpa arwah. Semoga arwah tenang di sana.

Al-fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close