Lagi Video Klip Seks Pemimpin Pembangkang Tersebar

Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik hari ini di dalam laman ‘Youtube’ dan laman web blogger Papagomo, kira-kira 1.30 tengah hari, hari ini.

Usaha menghubungi pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan komen gagal.

Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Sebelum ini, tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

– Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close