keputusan Pelita Jaya vs Persijap Jepara 3 April 2011: Safee Sali Meledak 1 Gol

Hampir terlupa Belalang yang hari ni ada game dari Pelita Jaya. Belalang sangkakan esok baru perlawanan antara Pelita Jaya menentang Persijap Jepara. Nasib baik tak terlepas untuk mengikuti perlawanan itu walaupun hanya mengikut update melalui kawan-kawan Facebook.

Safee Sali nampaknya semakin selesa dan semakin serasi bermain bersama rakan sepasukannya yang baru itu. Minit ke 10′ Safee Sali telah berjaya meledak satu jaringan lipatan gunting cantik hasil dari satu sepakan percuma. Hingga tamat separuh masa pertama Pelita Jaya berjaya mengekalkan kelebihan satu gol.

Babak kedua memperlihatkan Pelita Jaya mempertingkatkan serangan. Joko Sasongko berjaya menambah bilangan gol Pelita Jaya pada minit ke 66′ menjadikankeputusan semasa 2 gol berbalas 0. Hingga tamat perlawanan permainan kekal dengan keputusan itu.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close