Kemalangan Di Hulu Selangor: Tiga Beranak Terkorban

Melihat laporan mengenai kemalangan ini di Buletin Utama TV3 kelmarin, sangat menyentuh hati. Berdiri bulu roma ini saat menyaksikan kereta yang terpenyek itu ditimpa lori. Bayangkan lori yang beratnya bertan-tan tu menghempap kita. Perh, mintak simpang la dengan hal-hal macam nih…

———————————————

Pada mulanya hasrat satu pasangan suami isteri pulang ke Kampar, Perak, untuk mengambil anak mereka selepas empat hari ditinggalkan di kampung, namun, semuanya tidak kesampaian selepas tiga sekeluarga itu terbunuh dalam satu kemalangan di kilometer 40 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Serendah, di sini, pagi semalam.


Mereka meninggal di tempat kejadian akibat kereta yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung selain turut dihempap sebuah lori yang merempuh kereta mangsa dari belakang.




Kereta jenis Proton Satria itu dipandu oleh Mohd Farid Idris, 29, manakala isterinya, Eirlenna Asrani, 28, duduk di bahagian belakang dan anak tunggal pasangan ini Muhammad Faiz Hakimi, 4, di tempat duduk hadapan.


Kemalangan ngeri yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu menyebabkan ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian.




Difahamkan, Mohd Farid bertugas sebagai Pembantu Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala isterinya bertugas sebagai kerani di pusat perubatan yang sama.




Pasangan itu terpaksa menghantar anak tunggal mereka ke rumah ibu Mohd Farid di Kampar, Perak, dekat sini, untuk dijaga kerana Eirlenna mengikuti kursus di Seremban, Negeri Sembilan empat hari lalu.


Ibu Mohd Farid, Hasmah Zahrain yang ditemui pemberita di Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB), di sini, berkata dia tidak menyangka kepulangan anak dan menantunya di Kampar, Perak adalah pertemuan mereka kali terakhir.




“Semalam (kelmarin) Mohd Farid bersama isteri pulang ke rumah saya kira-kira jam 9 malam untuk mengambil semula anak mereka yang sangat dirindui.


Berita penuh disini.

————————————————-

Semoga roh mereka tenang bersemadi. Al-fatihah.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close