Keadaan Semasa Pilihan Raya Negeri serawak:

Sehingga pukul 10 pagi tadi keadaan proses di semua pusat-pusat pembuangan undi dilaporkan berjalan lancar dalam suasana yang tenaang tanpa apa-apa kekecohan.

Pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 bermula pukul 8 pagi ini di mana 961,433 pemilih berdaftar akan memilih wakil rakyat bagi 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Undi pos bagi 18,363 pemilih telah dijalankan lebih awal.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang bertanding bagi penggal ketujuh memegang jawatan itu, mengetuai Barisan Nasional (BN) bertanding di kesemua 71 kerusi.

Parti pembangkang DAP bertanding di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) (26), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (49), Pas (5) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) (6).

Seramai 41 orang bertanding sebagai calon Bebas.

Sebanyak 27 kawasan menyaksikan pertandingan satu lawan satu, tiga penjuru (23), empat penjuru (17), lima penjuru (2) manakala enam penjuru di dua kawasan.

BN menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri sebelum ini, manakala DAP enam kerusi, PKR (1 kerusi) dan PCM juga satu kerusi tetapi ketika itu bertanding atas tiket Bebas.

Pemilih akan mengundi di 1,748 pusat mengundi yang dibuka di seluruh negeri yang keluasannya hampir menyamai Semenanjung Malaysia dan waktu pengundian berperingkat-peringkat turut dilaksanakan memandangkan ada pemilih yang

tinggal jauh di pedalaman.

Keputusan pertama pilihan raya dijangka diumumkan kira-kira 8 malam.

– Bernama

Facebook Comments
Close