"Ini Semua Melayu Punya Pasal" !

Semalam selepas sahaja habis berniaga dan menonton Mentor, Belalang keluar menuju ke Maybank Kulim untuk memasukan duit ke akuan kedai menggunakan mesin cash deposit. Parking saja kereta di bahu jalan, Belalang terus menapak menuju ke pintu Maybank.

Sesampai saja di pintu kaca itu baru Belalang perasan yang ada sekumpulan security guard sedang melakukan kerja-kerja menganmbil semua duit-duit yang berada di dalam cash deposit mesin. Disebabkan kerja-kerja itu, sorang lagi guard telah bertindak menyekat pintu masuk dengan sebatang kayu. Tujuannya supaya tiada pelanggan yang boleh masuk ketika urusan itu dilakukan. Atas faktor keselamatan la tu. Korang pun sure pernah melihat bagaimana kerja-kerja ini dilakukan.

Pada masa yang sama, bersama-sama Belalang di haradan bank itu ada beberapa lagi orang lagi yang terlebih dahulu sampai menunggu untuk menggunakan mesin di Maybank. Dua lelaki india, seorang lelaki cina dan seorang lagi lelaki melayu (tak termasuk Belalang). Dua india ini sedang rancak berbual dalam bahasa ibunda mereka. Seorang agak berusia dan seorang lagi mungkin dalam lingkungan umur Belalang. Yang lebih tua ini la yang paling banyak bercakap. Entah apa yanh dibualkan pun tak tahulah. Tapi memang kuat ya amat suaranya.

Tiba-tiba lelaki melayu yang Belalang rasa hampir sebaya dengan lelaki india yang tua itu cuba berbual dengan lelaki india tersebut.

“Aih, time kita nak cepat ni la depa dok buat lambat” Kata pakcik melayu tu. Mungkin sebagai ayat pemula bicara.

Nak tau apa lelaki india tu cakap? Dengan nada yang tinggi dan angkuh, dia terus cakap begini kepada pakcik melayu tu…

“Itu semua lu punya kawan la! Bikin susah saja!”…

Terkejut pakcik melayu itu dengan jawapan lelaki india tersebut. Belalang yang berada di sebelah kanan lelaki india itu pun agak tersentak dengan ketinggian suara dan jawapan lelaki india itu. Tapi Belalang anggap mungkin mereka berdua kenal satu sama lain. Namun jangkaan Belalang itu silap apabila pakcik melayu itu beberapa kali menyatakan dia tak kenal orang-orang (guard) yang berada dalam bank itu. Lelaki india itu terus meninggikan suara mengatakan ayat yang sama seperti di atas berulang-ulang kali.

Selepas itu lelaki india itu menyambung lagi-
“Itu semua kawan lu la!… Melayu punya orang. Kalau itu dalam india, senang. Boleh kawtim lagi!!”…

Memang time tu Belalang terkejut sangat-sangat dah. Rupanya yang dimaksudkan dengan ‘kawan’ itu sebenarnya dia merujuk kepada ‘bangsa’ orang-orang di dalam bank itu. Memang menyirap darah Belalang time tu. Pakcik melayu tu pun tentu merasa perkara yang sama.

selang beberapa ketika, pintu pun dibuka dan kesemua yang menunggu di luar bergegas masuk berbaris dihadapan mesin cash deposit. Belalang orang yang ketiga, nombor dua lelaki india yang muda dan yang sedang memasukkan duit pula ialah seorang perempuan melayu muda. Belalang sangkakan kes lelaki india tua yang kurang ajar tadi itu sudah berakhir. Rupanya dia semakin menjadi. Apabila perempuan yang sedang memasukan duit itu lambat kerana dua tiga kali duitnya tidak diterima oleh mesin, terus si tua tadi tu sound perempuan tersebut.

“Woi perempuan! Lanc*u lu! Mau duduk depan itu mesin berapa lama? Lu ingat itu bapak lu punya mesin ka? Pu*i mak lu!!!”

Kesemua yang berada didalan itu memang terkejut melihat sampai begitu kurang ajar lelaki india tersebut memaki perempuan tersebut. Langsung tiada perasaan hormat kepada orang lain. seolah-olah ada dendam terhadap orang melayu. Selepas itu beberapa kali lagi dia memaki-hamun perempuan tersebut.

Akhirnya setelah tidak tahan diprovok begitu, perempuan tersebut terus keluar sambil menunding jari sebagai amaran kepada lelaki tua tersebut. Lelaki tua itu masih lagi memaki. Kemudian terus mengejar wanita itu di luar bangunan Maybank. Apa nasib wanita tersebut? Entah, Belalang tak pasti. Tapi rasanya tiada apa-apa.

Cuma Belalang masih geram dan sakit hati sampai hari ini, mengapa dia langsung tak hormat perasaan kaum melayu yang berada di situ? Memang sengaja suka mencari masalah atau dia memang ada dendam dengan kita kaum melayu? Geram itu masih terasa hingga sekarang…

**Entry ini mempunyai sambungan di sini- PENJELASAN MENGENAI MELAYU DIHINA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close