Identiti Sesebuah Blog

Assalamualaikum dan salam sejehtara. Korang tentu tau dan faham apa maksud perkataan ‘identiti’ kan? Identiti bermaksud gaya atau ketrampilan seseorang yang mencerminkan itu adalah dirinya. Kalau rujuk Kamus Dewan Bahasa pula identiti diterjemahkan sebagai – /idΓ©ntiti/ 1 aspek-aspek tertentu (tingkah laku, cara berpakaian dsb) yg dpt menunjukkan sifat diri seseorang; keperibadian: Penyanyi biasanya mempunyai ~ yg tersendiri (edisi kedua)

Dalam dunia blog pun kita sering saja membaca beberapa penulisan baik daripada blogger yang dah terkenal atau yang baru meningkat naik bahawa blog perlu ada identiti tersendiri. Tapi macam mana nak create identiti kita sendiri dalam dunia blog ni?
sebagai contoh kalau Belalang sebut Ben Ashaari, apa yang korang dah terbayang? Ya, tidak syak lagi seorang blogger yang suka membuat segmen dan entry yang santai. Dan satu masa dahulu juga jika dengar nama Ben kita dah terbayang di blog dia ada seorang lelaki pakai baju putih sangat segak dengan berlatar belakangkan warna blog merah. Lagi satu contoh Belalang sebut blogger Kujie@Kak jie. Ha, dah tentu pula kita dah terbayang tentang sebuah blog yang gaya bahasanya sangat mudah untuk difahami tetapi mempunyai maksud tersirat. Ibarat seorang ibu yang sedang sedang menuturkan kata-kata hikmat kepada anaknya. Hee…
Indentiti blog ni bagi Belalang boleh diterjemahkan dalam pelbagai-bagai bentuk. Tak semestinya hanya menyentuh kepada susunatur atau gaya bahasa. Isi kandungan blog juga memainkan peranan dalam membina identiti blog. Contoh lagi blog Tube lawak dan Telor Dibasuh. Sebut nama blog pun korang dah tau dan boleh agak apa isi blog itu kan? Contoh terakhir adalah blogger Kak Pah. Sapa yang kenal Kak Pah sure tau yang kebelakangan nih Kak Pah begitu aktif me’riview’ blog-blog baru atau yang dikenalinya. selain itu Kak Pah juga antara blogger yang mempunyai pelbagai blog dimana setiap satu mempunyai gaya persembahan yang berbeza dari satu-satu blog. Mungkin ini satu hari nanti akan jadi identiti Kak Pah? Bila orang sebut jer Kak Pah, blogger lain dah terbayang “Oh, blogger yang suka tolong review blog tu? Memang baik la dia tu, suka tolong orang” (Kak Pah sila senyum cepat sebab Belalang sedang puji anda).
Ada juga blog yang terkenal disebabkan setiap entrynya banyak gambar-gambar yang menarik. Senang cakap dengan adanya indentiti sendiri yang kita bawa dalam dunia blog ini, pembaca blog akan lebih mudah mengingati kita. Cuba korang bayangkan dalam dunia blog yang mempunyai beratus ribu blog ini, jika pembaca blog boleh mengingati blog korang bermakna adalah tu sesuatu ciri atau identiti istimewa anda yang telah melekat di hati pembaca itu. Jadi cuba renung-renungkan apa istimewanya blog korang? Dan korang rasa blog bawah tanah nin dah ada satu identiti yang tersendiri tak?
p/s-cakap senang la tapi nak create sesuatu yang berbeza dari berpuluh-puluh ribu blog tu la yang susah dan mencabar sebenarnya πŸ™‚
Facebook Comments

Comments are closed.

Close