Entry Untuk Tube Lawak

Ello sahabatku Crayon dari Tube Lawak. Sebenarnya telah lama Belalang nak menulis entry ini tapi sering saja terlupa atau kadang-kadang terlalu memberi ruang kepada entry-entry yang menyentuh isu semasa. Tapi kali ni Belalang tekad jugak buat entry ni untuk lu.

Sebenarnya kejadian ini bermula ketika di awal musim persekolahan bermula untuk sesi tahun ini. Anak saudara Belalang yang bersekolah di darjah lima datang memberi tahu Belalang yang dia terdengar bualan beberapa orang rakan sekelas dia mengenai sebuah blog yang kelakar tak ingat. Anak saudara Belalang ni seorang yang terdedah dengan dunia blog juga sebab dia selalu melihat Belalang berblog.

Dia pun tanya la kepada kawan-kawan dia, blog apa yang lawak sangat tu. Jawab kawannya itu blog TUBE LAWAK! Anak saudara Belalang yang pernah melihat link blog Tube Lawak di blog Belalang tidak sabar-sabar untuk balik dari sekolah untuk menceritakan hal ini. Daripada ceritanya, kawan-kawan dia tu memag suka giler ngan blog lu. Diorang kata memang kelakar tahap dewa!

Hebat bro! Lu salah seorang blogger yang Belalang dapat lihat dari mula lu berblog hingga la lu dapat naik seperti hari ini. Blog lu bukan sahaja dibaca oleh para remaja atau rakan-rakan blogger, tapi budak sekolah rendah pun ada yang membaca blog lu. Siap suka lagi dengan entry-entry lu. Lu memang hebat!

Jadi di akhir entry ini Belalang harap blog Tube Lawak akan terus meningkat naik dan dapat setaraf dengan You Tube! hahaha Dan mungkin juga selepas ini lu boleh hasilkan entry-entry yang lebih general dimana semua peringkat umur boleh layan. Tak gitu? Selamat berjaya Tube Lawak!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close