Cek Nuffnang RM80,000.00: Cek Terakhir Ku

Ini adalah cek ketiga yang Belalang terima daripada pengiklan Nuffnang. Walaupun nilai cek ini agak tinggi, tapi Belalang agak sedih kerana ini mungkin menjadi cek yang terakhir Belalang terima dari Nuffnang.

Sejak awal tahun ini kelihatan seperti ada yang tidak kena pada Nuffnang. Ramai yang mengeluh dengan keadaan itu. Belalng juga turut terasa kesannya. Kalau tahun sudah BE berderet-deret pada akaun Nuff Belalang. Tapi awal tahun ini tiada lagi BE datang menyinggah. Income juga sudah jarang di update oleh Nuffnang.

Mengapa ini berlaku? Padahal trafik Suara Bawah Tanah berada pada tahap yang terbaik pada tahun ini. Jika dibandingkan dengan tahun sudah, tahun ini trafik yang Belalang terima boleh dikatakan membanggakan.

Disebabkan itu Belalang mengambil keputusan untuk meninggalkan Nuffnang. Biarlah Belalang mencuba pengiklan yang lain. Bermula dengan menggunakan Adsniaga, selepas itu Belalang cuba pula 701panduan.com dan alhamdulillah kedua-duanya agak memuaskan. Belalang ada target untuk mencuba satu lagi pengiklan. Tapi malangnya ada beberapa syarat utama pengiklan itu masih belum dapat Belalang penuhi.

Belalang target bulan depan boleh pakai iklan dari syarikat tu. Jadi korang doa-doakanlah Belalang dapat capai target Belalang pada bulan depan ye. Mana la nak tau kalau-kalau raya tahun ni boleh beraya dengan duit dari pengiklan baru tu. Hahaha…

p/s: Sila jangan percaya jumlah cek diatas kerana gambar itu telah di edit oleh Belalang. huhuhu…





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close