Bukan Sorak Sebab BN Menang, Tapi Sorak sebab…

Akhirnya kerajaan Barisan Nasional masih lagi berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan mereka di negeri Serawak. Semua orang dah tau pasal hal tu. Hampir kesemua blog berlumba-lumba tulis entry mengenai proses pengundian dan juga kemenangan BN. Ok, kita cerita pasal hal lain ye.

Sesiap yang follow blog ini, tentu masih ingat tentang entry Belalang yang bertajuk Perkara Yang Jarang-jarang Berlaku. Dalam entry itu Belalang ceritakan bagaimana dalam sejarah blog Suara Bawah Tanah mendapat trafik hingga 1500UV. Selepas itu Belalang kerap juga mendapat trafik begitu tapi tak berjaya sampai ke 2000UV.

Namun semalam sejarah baru telah tercipta untuk blog SBT dan juga diri Belalang sendiri. Belalang berjaya juga melepasi 2000UV sehari hasil permainan keyword yang perbagai kelmarin. Keyword yang paling membantu ialah Keputusan Liga Super 16 April 2011. Agak beruntung Belalang kerana kebanyakan blogger memberi tumpuan kepada keputusan pilihan raya. Saingan untuk keyword liga super 16 April langsung tiada.

Seronok? Mesti la. Sebab Belalang sedar yang blog ini tak hebat seperti sesetengah blogger lama. Sure bila sekali dapat hits 2000UV, terus rasa teruja. Bagi blog yang 2000UV memang trafik  hariannya, tentu senyum sinis jer tengok entry Belalang ni. Jadi kepada blogger yang teringin nak bermain dengan tajuk-tajuk yang mesra SEO, korang rujuk balik entry Belalang yang ini Teknik Menghasilkan Tajuk Entry Yang Mesra SEO.







Facebook Comments

Comments are closed.

Close