Blogger Tuan Penasihat Tidak Sihat

Sape sini yan kenal dengan blogger yang menggelar dirinya Tuan Penasihat (TP) dari blog Saya Salah Ka? sila angkat tangan! Wah, ramai juga yang kenal ye. Bagus, bagus…bagi yang belum kenal sila la ke blog TP dan bertegur sapa dengan TP. Dia seorang yan ramah dan mudah mesra.

Baru-baru ini Belalang terperasan yang TP amat jarang update blognya. Kalau update pun hanya entry yang ringkas-ringkas. Hairan jugak Belalang mengapa TP jadi begitu. Entry-entry TP banyak yang menceritakan dia sangat sibuk dan tidak begitu sihat. Jadi Belalang pun cuba la bertanya khabar TP.

Rupa-rupanya memang TP sekarang ni tidak begitu sihat. Dia sering sahaja sakit-sakit walaupun sudah berbelas kali ke klinik dan hospital sakitnya tak juga sembuh-sembuh. Kata TP sakitnya ada berkaitan dengan perkara-perkara mistik.

Dikesempatan ini Belalang doakan semoga TP akan cepat sembuh dan kembali mewarnai dunia blogger dengan penulisannya. Korang kalau rajin pegi la wish di blog TP semoga dia cepat sembuh. Moga dengan kata-kata hikmah kawan-kawan blogger, TP akan lebih cepat sembuh hendaknya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close