Berurusan Dengan SPRM Hanya Di Tingkat Bawah?

Nampaknya gurauan yang pernah di buat oleh beberapa rakan Belalang di Facebook dan blog mengenai SPRM perlu buat urusan di tempat yang rendah, bukan lagi gurauan. Dah jadi kenyataan beb!

——————————————–

 Berkuat kuasa serta merta, semua individu berurusan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terutama orang yang kena tuduh, orang yang disyaki, saksi atau pengadu, hendaklah diselesaikan di aras bawah pejabat milik SPRM atau diawasi sepanjang masa. 


Bagi pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah, setiap orang yang berurusan dengan SPRM perlu diawasi sepanjang masa dan jumlah pegawai SPRM yang mengawasinya bergantung kepada tahap seriusnya sesuatu kes itu.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar, berkata arahan itu bukan perkara baru tetapi bagi menegaskan peraturan sedia ada.


Baca berita penuh disini.

—————————————–

Harap-harap tiada lagi la kes kematian mengejut di SPRM. Bukan apa, bila timbul hal macam nih rakyat tertanya-tanya dan SPRM pun serba salah nak terangkan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close