Barcelona vs Real Madrid 21-04-2011: Video Jaringan Christiano Ronaldo

Tandukan Cristiano Ronaldo pada masa tambahan, membawa Real Madrid muncul juara Piala Raja Sepanyol selepas menumpaskan musuh ketat, Barcelona 1-0 pada perlawanan akhir, pagi tadi.

Ini merupakan kemenangan ke-18 buat skuad bimbingan Jose Mourinho itu, sekali gus memberi suntikan semangat tambahan buat mereka, seminggu menjelang separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah yang menemukan dua gergasi bola sepak Sepanyol itu sekali lagi.

Malah, kemenangan tersebut juga menebus kekecewaan Real yang gagal mengutip mata penuh dalam perlawanan terakhir liga, apabila diikat 1-1 oleh Barcelona dalam perlawanan di gelanggang sendiri.

Kemenangan di Stadium Mestalla itu menamatkan kemarau tanpa kejuaraan yang melanda Real sejak kali terakhir merangkul kejuaraan liga pada 2008.

– AFP

—————————————-
Entry yang berkaitan dengan post ini-
Piala Raja Sepanyol Rosak Teruk Dilanggar Bas| Simpati Betul Dengan Real

Video Piala Raja Sepanyol Jatuh Dari Bas Real Madrid


Facebook Comments

Comments are closed.

Close