Bapa Penyanyi Francesca Peter Ditemui Mati

 Lucian Gaberial Peter, 78, bapa kepada penyanyi popular tanah air, Francesca Peter, ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumahnya, di Taman Sri Dungun, dekat sini, malam tadi.

Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah terbabit ditemui seorang rakan anak lelakinya Rajasigaram Ramalingan, 31, sebaik membuat pemeriksaan di rumah terbabit, kira-kira jam 10.30 malam.

Sebelum kejadian, anak lelaki mangsa, John Josept Peter, 40-an, yang tinggal di kawasan tidak jauh dari rumah mangsa, berada di Kuala Lumpur dipercayai atas urusan perniagaan.

Anak lelakinya itu, dikatakan beberapa kali menghubungi bapanya itu, namun panggilan itu tidak dijawab menyebabkan anaknya itu berasa sesuatu yang pelik. Mendiang pernah menjadi pemberita sambilan kumpulan akhbar ini pada 1980-an.

-Berita Harian.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close