AMK Minta Siasat Blog Siarkan Video Seks

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat tindakan pihak yang terlibat dalam penyebaran dan pendedahan
klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di SKMM di sini, Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip meminta supaya siasatan turut dibuat terhadap beberapa laman blog yang menyiarkan klip video itu semalam.


“Kami percaya penyebaran video dalam laman maya itu berniat jahat dan cuba merosakkan pengguna,” katanya. 
Rozan Azen berkata AMK berhasrat membuat laporan polis bagi mendesak bagaimana video itu yang kesnya masih dalam siasatan boleh terlepas ke tangan pihak lain.


– BERNAMA

——————————————-

sepatutnya cari siapa yang bertanggungjawab upload video itu di Youtube. Blogger hanya berkongsi apa yang sedang berlaku.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close