Ahmad Yusof Masih Bersama KFA?

Ahmad Yusof adalah jurulatih pasukan bola sepak Kedah yang baru-baru ini telah direhatkan akibat daripada prestasi pasukan Kedah yang dilihat tidak konsisten. Akhbar Sinar Harian telah melaporkan yang Ahmad Yusof telah dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkuat kuasa semalam.

Namun apabila Belalang menjengah ke group Penyokong Setia Hijau Kuning(PSHK) di Facebook, lain pula ceritanya. Menurut admin PSHK Ahmad Yusof masih lagi bersama KFA cuma telah ditukar ke akademi pembangunan Kedah.
PSHK juga menyatakan kesal dengan fakta tidak betul dari akhbar Sinar Harian. Nampaknya ada kesalahan fakta yang telah diambil oleh wartawan Sinar Harian. Walaupun hal ini kecil, namun diharap tidak akan berulang lagi terus-terusan menyampaikan berita yang tidak tepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close