Video Seks Pembangkang: Saranan Supaya Karpal Juga Menonton

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, perlu menyerahkan salinan video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada kepimpinan pembangkang yang lain termasuk Presiden DAP Karpal Singh.


Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Karpal Singh dan sekutunya perlu menonton video berkenaan bagi mendapatkan testimoni yang konsisten berhubung perlakuan sumbang pihak yang terlibat dalam rakaman tersebut.


“Kita juga mahu tahu apakah tindakan susulan Karpal (Singh) dan sekutunya selepas menonton video tersebut…adakah dia sebagai peguam Anwar akan tetap mempertahankan Anwar atau sebaliknya jika terbukti Anwar terlibat.


“Dari situ kita boleh menilai tahap moral pemimpin-pemimpin pembangkang ini yang sebelum ini lantang mengkritik perlakuan sumbang pihak lain yang kononnya terlibat dalam perlakuan tidak bermoral,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata, kepimpinan pembangkang juga perlu menerima keputusan jika Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat ketulenan pita rakaman seksual tersebut. – Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close