Video Lucah? KL Lifestyle?

Tiba-tiba Belalang teringat satu peristiwa yang Belalang saksikan baru-baru ni time ke KL. Mungkin bagi korang perkara ini sesuatu yang biasa di KL. Tapi disebabkan Belalang ini datang dari ‘kampung‘ jadi Belalang anggap apa yang Belalang saksikan itu seuatu yang luar biasa.

Ceritanya bermula apabila kereta yang Belalang pandu telah terperangkap dalam kesesakan yang maha dasyat di jalan menuju ke Bukit Bintang. Maaf nama jalan Belalang tak tau sebab Belalang memang buta ya amat segala jalan-jalan di KL. Rasanya jalan jadi jem teruk sebab time orang balik office dan juga faktor hujan. Kesemua kereta bergerak dalam keadaan yang sangat perlahan. Banyak berhenti dari bergerak.

Dalam kereta yang Belalang bawa itu ada Mrs.Belalang, Belalang Jr. Mak mertua Belalang dan juga Mak Ngah Mrs.Belalang. Tiba-tiba Mrs.Belalang cuit Belalang sambil mulutnya menjuih menunjuk kepada sebuah kereta disebalah Belalang. Tak pasti pula kereta apa tapi rasanya Avanza. Sori, ingat-ingat lupa je nih.

Sekali tengok memang takde ape yang pelik pada kereta tu. Hairan juga Belalang nape Mrs.Belalang soh tengok kereta tu. Beria-ia dia juih bibir ke arah tu. Akhirnya baru Belalang nampak dengan jelas apa yang Mrs.Belalang tunjukan tu. Pemandu kereta tu baik punya tengah layan CD lucah! Hebat betul. Tengah-tengah kesesakan begitu selamber dia jer. Sudah la cermin takde tinted. Memang jelas nampak. Mak mertua dengan Mak Ngah Mrs.Belalang pun rasanya nampak.

Rasanya bukan kereta kami jer yang berpeluang melihat aksi hebat itu. Mana-mana kereta yang selisih atau berhenti sebelah kereta itu tentu dapat melihat fenomena ajaib itu dengan jelas. Belalang dengan Mrs.Belalang berpandangan sesama kami. Selepas itu terpancul satu ayat dimulut Belalang si budak ‘kampung’ ini…

“KL memang macam ni ke?”…



Facebook Comments

Incoming search terms:

  • videolucah org (83)
  • video lucah org (16)
  • lucah org (12)

Comments are closed.

Close