Tips Melajukan FaceBook Anda

Kebelakangan ni Belalang terlalu susah untuk memasuki Facebook. Bila dah boleh masuk, masalah kedua pula timbul iaitu lambat! Kena refresh beberapa kali page yang dibuka. Itu pun belum tentu berjaya. Nak kata masalah line internet, blog atau web lain senang jer nak masuk.

Pagi tadi Belalang telah dapat cara untuk mengatasi punca atau masalah Facebook lembab ini. Belalang yakin bukan Belalang sorang saja yang mengalami masalah ini. Rata-rata rakan blogger Belalang juga menyatakan masalah yang sama.

Ok tanpa membuang masa lagi mari kita bersama-sama mencuba tips yang Belalang kasi nih. Belalang dah cuba dan ia terbukti berjaya. Caranya ialah…

BANGUN PUKUL 3 PAGI, GUNA FACEBOOK TIME TUH…

Betul, tak tipu punya. Memang laju ya amat guna Facebook time-time tu. Senang ya amat nak buka mana-mana page. Laju macam pakai kereta sport. Sekiranya korang mengikuti tips yang Belalang kasi ini, terbukti korang memang seorang yang berusaha dan sanggup korbankan masa tido semata-mata untuk berFacebook. Hee…

Selamat mencuba!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close