Tiada Tunggakan Saman

Akhirnya setelah beberapa hari Belalang cuba check saman menggunakan myeg.com.my, baru hari ini laman web itu berfungsi dengan betulnya. Alhamdulillah Belalang tiada sebarang saman kenderaan samada kereta atau motor.

Mulanya risau juga kemungkinan terdapat saman. Ini kerana Belalang memang kerap berjalan jauh menggunakan kereta Belalang. Pernah sekali tu ketika melalui Lebuhraya Utara Selatan time tu Belalang tengah speed kalau tak silap 150km/j, tiba pada satu susur keluar Belalang dapat lihat dengan jelas satu pancaran cahaya dibahagian kiri jalan. Memang Belalang dah ingat sure kena saman. Tapi nasib la dalam sistem PDRM dan juga JPJ tiada saman. Nasib baik betul.

Jadi kepada korang yang masih belum menjelaskan saman korang, baik cepat-cepat pergi bayar sementara kerajaan dengan baik hatinya melanjutkan tempoh pembayaran saman. Jangan tunggu macam aritu, hari terakhir baru berebut-rebut nak bayar.

**Ada cakap-cakap yang mengatakan kerajaan sedang kumpul duit untuk pilihanraya besar. Yeke?

Facebook Comments

Comments are closed.

Close