Siapa Belalang Hijau Perisik? Hanya Mereka Yang Tahu

Macam-macam jenis blogger yang ada di alam maya ni kan. Ada letak gambar diri dia sebesar-besar alam, mungkin mahu orang mengenali dirinya jika terserempak di luar. Ada juga yang gunakan nama sendiri sebagai URL blog. Senang untuk orang ingat kata mereka.

Belalang pulak lebih selesa dikenali dengan nama timangan Belalang Hijau Perisik dari blog Suara Bawah Tanah [dot] Com. Walaupun agak serabut isi blog ini, namun Belalang terharu juga kerana ada sebahagian blogger yang memang menjadi pengunjung tetap blog ini. Nanti Belalang listkan nama blogger-blogger ini sebagai tanda terima kasih Belalang kepada sokongan mereka.

Sebenarnya di antara blogger yang singgah ke sini, ada beberapa blogger yang pernah bertemu dan bersua muka dengan Belalang. Tak la seramai mana. Korang nak tau tak siapakah blogger-blogger yang pernah bertemu dan mengetahui identiti sebenar Belalang? Meh kita berkenalan dengan mereka…

————————————–

Blog Ilham Nurry enterprise
Blog ini kepunyaan Puan Nurul Huda a.k.a Mrs.Belalang. Ini la blog suri rumah Belalang. Dah nama pun bini Belalang, sure la dia kenal sangat-sangat siapa Belalang. Hee…

Blog Padinno [dot] com
Padin la satu-satunya sahabat alam maya Belalang yang tinggal paling jauh pernah Belalang bersua muka. Padin juga satu-satunya blogger yang bertandang dan menginap di rumah Belalang sebelum Belalang hantar dia berkursus di Jawi.

Blog Saya Salah Ka?
Siapa yang tak kenal dengan Tuan Penasihat (TP) sorang ni kan? Sebelum TP mempunyai blog, Belalang dah memang kenal dia. Ini juga salah satu lagi blogger yang cuba mengetengahkan identiti ‘misteri’ seperti Belalang. Isi blog ini hampir menyamai blog Belalang dan baru-baru ini Belalang juga berjaya mempengaruhi TP untuk bermain dengan entry-entry yang mesra SEO dan Belalang berjaya mempengaruhinya! Hahaha

Blog Dunia Tanpa Bayangan
Ini blog anak saudara Belalang. Kalau lihat dari susun atur dan template, sure korang boleh agak ni blog budak-budak betul tak? Tepat sekali tekaan korang! Tahun ini dia akan menghadapi peperiksaan UPSR. Harap-harap dia berjaya dengan cemerlang.

Blog Pink Pearl Lady
Pink Pearl Lady (PPL) adalah wife encik TP. Seperti juga TP, PPL pun terlebih dahulu Belalang kenal sebelum ke dunia blog. Blog personal dan juga sedikit tentang hiburan dan dunia artis. Dulu-dulu waktu mula-mula berblog, sangat aktif update entry. Kebelakangan nih macam sunyi sket dengn entry baru. Nape ek?

Blog  Bicara Mak Dara
Ahah, sape yang tak kenal Mak Dara yang sedang hot sekarang nih, bermakna korang memang jarang blogwalking (BW). Kalau korang rajin BW sure korang akan nampak nama Mak Dara. Sebenarnya Belalang dan Mak Dara mempunyai hubungan kekeluargaan. Mak Dara ni memang sorang yang hot tau. Apa yang hot? Sila ke blog dia untuk mengetahuinya ok. Ngee

Blog That Something Abaout Me
Empunya blog ini sepupu Belalang. Rasanya usia blog ini lebih lama jika dibandingkan dengan blog Belalang. Blog Personal yang mengisahkan tentang seorang ibu dan dua orang anaknya yang comel. Baru-baru ini adiknya empunya blog ini telah berjaya memenangi pertandingan untuk menjadi cover girl bagi majalah Cosmopolitan bulan april. Nak berkenalan dengan adik dia? Cantik woo… Kalau nak, korang kena berkenalan dengan kakak dia dulu. Hee…

Blog JZ Business World
Empunya blog ini sangat berminat dengan bisnes. Sebut aje apa jenis bisnes yang mendatangkan untung, sure dia pernah cuba atau mahu cuba. Info-info di blog Jz banyak yang menceritakan tentang bisnes dan juga kesihatan. Namun kadang-kadang terselit juga entry-entry semasa.

Blog Opida
Opida ni kawan Belalang time di kolej dahulu. Ibu kepada sorang puteri ni sangat ramah orangnya. Memang kepala best punya kalau lepak sekali. Blog yang menceritakan personal life hidup Op_ida. Bahasa yang digunakan sangat la santai.

Blog Elle elyssa
Seorang lagi sepupu Belalang yang menerjunkan diri ke dunia blog. Tak silap Belalang blog Elle yang ini adalah blog keempat kepunyaannya. Semenjak tahun 2007 lagi Elle telah berblog, cuma blog yang kali ini kelihatan lebih serius dan selalu di update. Kalau korang nak tau review mengenai filem-filem baru atau yang sedang ditayangkan di pawagam, sila la terjah blog ini.

Blog Sister’s Little Diary
Ini kakak angkat Belalang merangkap bekas rakan sekerja Belalang di satu syarikat perumahan satu masa dahulu, Belalang panggil Kak Siti jer. Blog Kak Siti ni best, tapi Belalang tak suka pergi. Tau kenapa? Sebab Kak Siti suka review pasal makanan dan kedai makan. Giler kecur liur bila baca entry Kak Siti. Kak Siti kejam!!! Makan tak ajak Belalang. Pastu main tayang-tayang pulak. Hahaha

————————————–

Sebenarnya ada lagi dua tiga blogger yang Belalang rasa mereka mengenali Belalang cuma yang Belalang review ini blog yang kerap Belalang lawati dan kerap juga mereka lawati blog Belalang. Terima kasih Belalang ucapkan kepada mereka kerana telah sudi menyimpan rahsia siapa Belalang Hijau Perisik. Ceh, bajet cam artis hot lak. Hahaha…

Tunggu apa lagi? Dipersilakan terjah blog-blog yang Belalang list tu. Tak rugi kenal dengan diorang nih sebab ada diantaranya sangat aktif berblog seperti Belalang. Kepada yang selalu bertandang ke sini, Belalang juga akan buat sesuatu kepada korang. Khas kepada korang yang sentiasa menyokong blog ini. Tunggu yea. Terima kasih di atas sokongan korang-korang sekalian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close