Sabah Bebas Dari Ancaman Radiasi

Penduduk Sabah tidak perlu bimbang mengenai risiko diancam radiasi akibat kerosakan rektor nuklear Jepun di Fukushima, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata, alat yang digunakan untuk mengesan paras radiasi di Kudat dan Kota Marudu, yang dikatakan dicemari radiasi, mencatat bacaan negatif.
“Kami ada enam alat pengawas radiasi alam sekitar – semua bacaan tidak menunjukkan wujud sesuatu yang luar biasa,” katanya kepada pemberita di sini sejurus kembali daripada lawatan ke dua daerah itu.
Beliau berkata ujian radiasi itu dijalankan oleh kementerian berkenaan dan badan berkaitan lain, termasuk Agensi Nuklear Malaysia dan Kementerian Kesihatan.

Ongkili juga menyatakan semua penumpang dari Jepun dikenakan pemeriksaan wajib di pintu masuk lapangan terbang di negeri ini.

Beliau berkata, kontena yang mengisi barangan import dari Jepun juga dikenakan pemeriksaan ketat dan semua makanan yang diimport dari negara itu akan dipastikan bebas daripada pencemaran radiasi.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini dua hari sekali,” katanya.

BERNAMA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close