Persenda Azan: PPIM Gesa Kerajaan Bertindak

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman ‘youtube’.

Pegawai Kerja PPIM Mustaffa Hamzah berkata, klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat untuk memperleceh dan memperkecilkan amalan agama Islam.

“Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan.

“Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau sepadan dengannya agar mereka sedar dan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Untuk membaca berita penuh, klik sini.

——————————————

Memang patut pun kerajaan bertindak segera. Jangan sampai semakin teruk keadaan, baru nak bertindak. Waktu tu dah terlambat. Untuk melihat video yang dikatakan menghina Islam, mempersenda azan, klik sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close