Pergolakan Di Yaman: Rakyat Malaysia Dibawa Pulang

Sembilan pelajar bersama seorang bayi tiba di tanah air dengan penerbangan Qatar Air malam tadi melalui misi membawa keluar rakyat Malaysia dari Yemen ekoran pergolakan politik tidak menentu di negara Arab tersebut.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, seramai 23 orang lagi dijadual tiba hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki tiga pesawat dari Dubai iaitu EK408, Ek346 dan EK342, manakala 27 orang lagi dijadual tiba awal pagi esok (Sabtu).

Sementara itu, Persatuan Pelajar Malaysia Yemen (Permaya) berkata, keadaan di negara tersebut semakin meruncing dengan bunyi tembakan kedengaran pada waktu malam.

Presidennya, Mohammad Iqbal Abu Yaziz berkata, ada kalangan pelajar Malaysia yang diugut oleh kumpulan tertentu yang bertanya sama ada pelajar itu prokerajaan atau antikerajaan.

Permaya berpendapat, pelajar harus dibawa pulang sekarang sebelum keadaan meruncing hingga menyukarkan proses penghantaran tersebut, katanya dalam satu kenyataan melalui emel hari ini.

Menurutnya, seramai 590 orang terlibat dalam proses penghantaran pulang ke Malaysia. – Bernama

——————————————

Masih belum berakhir gelombang kebangkitan rakyat di neraga-negara Arab. Terima kasih kerana kerajaan telah prihatin dan bertindak awal kali ini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close