PEKIDA: Parang Dikepala!

Belalang teringat untuk tulis kisah ni bila Belalang terbaca entry yang ini dan ini di blog Rastamat. Belalang siap janji dengan dia lagi yang Belalang nak story hal ni. Padahal idea nak tulis pun takde ni, adeh. Cerita ada tapi Belalang tak tau nak olah takut silap olah korang akan tak paham langsung cerita ni.

Kisah yang akan Belalang cerita ni ialah tentang sekumpulan samseng kolej yang bertumbuk dengan abang kawan sekelas Belalang yang mengaku sebagai budak PEKIDA. Sepanjang hidup Belalang, ini la pergaduhan yang paling brutal pernah Belalang saksikan di depan mata Belalang sendiri (Sebelum ni selalu jugak tengok budak punk ngan skin head gaduh di gigs tapi biasa-biasa jer). Pergaduhan ni berpunca dari salah faham akibat seorang WANITA! hebatkan gaduh pasal hal macam ni? Hahaha…

Perkara ini berlaku lebih kurang tujuh tahun lepas. Pada satu pagi di sekitar kawasan kolej Belalang, dua orang sahabat Belalang sedang berjalan di kaki lima sambil berborak kosong. Masing-masing banyak ketawa dari bercakap. ape story yang lawak sangat tu Belalang pun tak pasti, Kebetulan mereka melewati sekumpulan senior perempuan kolej Belalang. Time lalu dekat dengan senior-senior ni mereka masih lagi gelak tak abis-abis. Ntah apa sebab musabab tiba-tiba salah seorang senior perempuan yang berada di situ telah menyangka yang sahabat Belalang dua orang tadi tu telah kutuk dia. Celah mana yang buat dia rasa macam tu, pun tak dapat Belalang pastikan (mungkin dia bajet dia hot!…ngee)

Dia pun terus ngadu pada pakwe / budak-budak laki kelas dia. Mereka ni kononnya memang samseng kolej dan kononnya lagi pernah belasah bebudak Politeknik Permatang Pauh sampai bebudak Poli ni lari lintang-pukang (kononnya jela). Dengan darah muda yang membara dijiwa, mereka beramai-ramai telah menyerang Belalang and the gang yang berada didalam kelas. Kebetulan lecturer kami takde time tu. Dengan bersenjatakan helmet, mereka menarik kawan Belalang yang dua orang tadi tu keluar dari kelas.

Memang dah takde slow talk ape dah. Niat diorang memang nak hanyun terus jer member Belalang dua orang itu. Helmet diangkat melepasi paras kepala. Ketika hanyunan itu nak dilepaskan sekuat hati si senior itu, tiba-tiba!….

Lecturer kelas Belalang sampai…

Samseng yang tak berapa nak samseng ni, bila nampak jer lecturer terus blah dari situ. Dan sebelum mereka beredar, mereka sempat memberi warning kepada dua orang sahabat Belalang tu…

“Pukul 4 petang ni hangpa tak kan terlepaih! Siap hangpa… Nak tau langit tinggi rendah kita jumpa pukul 4 sat gi!!”…


Err panjang lagi la citer nih, Belalang sambung nanti pulak ye. Nak cari idea jap… 🙂











Untuk membaca sambungan entry ini, klik link di bawah
Parang Dikepala Bahagian 2



Facebook Comments

Incoming search terms:

  • kisah pekida (33)
  • pergaduhan pekida (33)
  • cerita gaduh (32)
  • pekida gaduh (30)
  • gaduh parang (14)

Comments are closed.

Close