PEKIDA: Parang Dikepala! – Bhg3

Ini adalah entry sambungan daripada dua entry sebelum ini iaitu PEKIDA: Parang Dikepala! dan PEKIDA: Parang Dikepala! – bhg2. Klik pada tajuk-tajuk itu sekiranya ingin membaca…

“Aku akan mai dengan lima orang lagi kawan aku. Sementara kami nak sampai hang dengan kawan-kawan hang buat la

apa-apa dulu”…


Jam telah menunjukkan pukul 4 petang. Kami baru sahaja menghabiskan kelas terakhir untuk petang itu. Kami telah sepakat untuk pergi mencari senior-senior yang meyerang Wan dan seorang lagi kawan pada sebelah pagi tadi. Tujuannya adalah untuk cuba berbincang kali terakhir. Mungkin dengan cara itu juga kami dapat melengah-lengahkan pergaduhan diantara kami sebelum sampainya geng-geng abang Wan.

Kami seramai sembilan orang yang kesemuanya hanya budak-budak lelaki kelas Belalang tidak termasuk beberapa orang lagi kawan kelas lain yang ingin turut serta menyaksikan perbincangan itu dan memberi support sekiranya keadaan memerlukan, terus menuju ke bangunan kelas senior-senior itu. Sesampainya di sana, rupa-rupanya mereka memang sudah menunggu kami. Tak pasti bagaimana mereka boleh tahu yang kami akan mencari mereka. Wan dan seorang lagi kawan Belalang terus menerangkan apa yang berlaku sewaktu mereka berselisih dengan kumpulan senior perempuan pagi tadi dengan salah seorang dari senior itu yang bernama Jefri. Dialah orang yang cuba mnghayunkan helmet ke kepala Wan pagi tadi dan dia jugalah yang bertindak sebagai ketua dalam serangan itu.

Hasil daripada perbincangan itu telah membuahkan sesuatu yang positif. Nampak seolah-olah Jefri juga telah sedar apa yang berlaku hanyalah salah faham semata-mata. Belalang yang ketika itu berada di belakang Jefri, lega juga mendengar yang Jefri akui dia juga telah tersalah faham. Dan ketika perbincang itu semakin menuju ke jalan damai, muncul satu suara dari belakang Wan…

“Adik, hang tunjuk kat aku sapa dia yang cari pasai dengan hang? takpa hang jangan takut, hang tunjuk cepat celaka mana yang dok buat leceh dengan adik aku ! “…

Hampir terlupa kami akan janji abang Wan. Memang benar mereka datang berenam. Dua berada di belakang abang Wan dan yang lain-lain berada di hujung simpang kiri dan kanan. Nampak seperti kawasan itu telah dikepung oleh mereka. Tergagap-gagap Wan untuk menjawab pertanyaan abangnya itu. Wan juga tidak berani menunding jari kepada Jefri dan kawan-kawannya. Mungkin kerana kata sepakat telah dicapai antara kami. Berkali-kali abang Wan mendesak supaya Wan tunjukkan siapa mereka itu.

“Hang jangan takut, Hang tunjuk kat aku! Biaq aku ajaq depa… Mana dia!!! Sapa yang dok buat celaka dengan………. !!! “

Tak sempat abang Wan menghabiskan kat-kata itu, Jefri telah meluru dan melepaskan satu tumbukan di muka abang Wan. Serentak dengan itu dengan sekelip mata kawasan perbincangan itu telah bertukar menjadi medan pergaduhan beramai-ramai. Belalang masih lagi berada di posisi Belalang berdiri waktu mula-mula datang. Cuma Belalang terpaksa berundur beberapa langkah kebelakang kerana begitu ramai yang sedang bergaduh di hadapan Belalang hinggakan tak tahu mana satu kawan mana satu lawan.

Di celah-celah keramaian itu Belalang dapat melihat samar-samar yang Jefri masih lagi beradu dengan abang Wan. Kelihatan seperti sama hebat. Sedang asyik Belalang menumpukan perhatian kepada Jefri dan abang Wan, tiba-tiba Belalang terperasan yang beberapa orang yang sedang bertumbuk dengan rancak tadi telah bertempiaran lari. Rupanya di sebelah kiri Belalang hanya beberapa meter dari Belalang, salah seorang kawan abang Wan sedang menghayunkan parang dengan secara membabi-buta! Disebelah kanan pula seorang lagi telah mengeluarkan sesuatu yang panjang seperti kabel elektrik atau ekor ikan pari, melibas ke kiri dan kanan! Memang nasib la siapa yang kena.

Belalang tetap di situ tak berganjak melarikan diri. Ini kerana Belalang khuatir sekiranya Belalang melarikan diri, mungkin kawan abang Wan itu akan menganggap Belalang salah seorang dari geng senior itu. Kang tak pasal-pasal kena libas! Beberapa ketika mata Belalang hanya terpaku kepada si pemegang parang itu. seperti orang kerasukkan dia terus menerus melibas ke kiri dan kanan parangnya itu. Belalang dapat melihat beberapa orang daripada senoir yang menyerang kami pada pagi tadi telah lari lintang pukang.

Kini hanya tinggal Jefri sorang. Memang teruk Jefri di belasah. Dah macam kain buruk jadinya. Dia yang pada mulanya sangat garang menyerang dan begitu lantang bersuara kini hanya mampu menerima tumbukan dan sepakan yang datang dari merata arah. Belalang tak pasti berapa ramai yang sedang memukul Jefri waktu tu tapi memang lebih dari tiga orang.

setelah merasakan sudah cukup habuan yang Jefri terima, abang Wan berhenti menyerang begitu juga dengan beberapa orang yang turut sama memukul Jefri.

“Aku mintak maap… Kami dah settle tadi. Sorry abang sorry…”

Rayu Jefri yang sudah tak mampu untuk berdiri berkali-kali, dia hanya mampu mengesot mengundurkan diri. Abang Wan pula meninggikan suara memberi warning kepada Jefri. Dengan tiba-tiba salah seorang yang memegang parang tadi meluru ke arah Jefri. Terus saja dia mengangkat tangan dan menghayunkan parangnya betul-betul ke kepala Jefri.

ZAPP!!!

Darah memercik!
Belalang melopong melihat…

Namun itu bukanlah darah dari kepala Jefri. Sebaliknya salah seorang daripada mereka berenam itu telah nekad menahan mata parang itu dengan tangannya. Akibatnya beberapa urat tangannya telah putus! sekiranya orang itu tidak tampil menahan mata parang itu, memang melayang la nyawa Jefri.

Dari kejauhan kelihatan sekumpulan lecturer sedang bergegas menuju ke arah kami. Belalang dan yang lain-lain terus beredar dari kawasan itu. Sementara Jefri pula dipapah oleh dua orang rakannya. Entah macam mana dengan tiba-tiba sahaja Belalang start enjin motor Belalang dan terus memanggil salah seorang dari kawan abang Wan yang bajunya mempunyai kesan darah itu naik dengan Belalang. Serta-merta Belalang memecut motor keluar dari kawasan kolej. Tak terfikir pulak perbuatan Belalang itu juga seperti bersubahat. Kalau kena tahan polis, mau merengkok dalam penjara jugak Belalang.

Di atas motor, kawan abang Wan itu tak habis-habis bercerita mengenai geng tiga line…

“Budak tu nasib baik ja tak kena tetak dengan aku… Kami geng tiga line kalau Ayahda cakap bawak balik telinga sebelah, lagi tak dapat lagi tu la kami usaha bagi dapat!!!… bla bla bla….”

Belalang hanya mendengar cerita dia tanpa menyampuk apa-apa. Setelah Belalang drop kawan abang Wan itu di rumah sewa budak kelas Belalang, Belalang berpatah balik menuju ke kolej. sengaja Belalang memilih jalan melalui depan kelas Jefri. Kelihatan budak-budak kelas Jefri sedang mengerumuni dia. Agak teruk juga keadaan Jefri. Menyandar di tiang kaki lima sementara beberapa orang lagi rakannya pula cuba membantu.

Keesokkan harinya kami mendapat tahu yang kemungkinan akan ada serangan balas kepada kami. Geng-geng Jefri memang tak puas hati dengan apa yang terjadi. Sementara Jefri pula telah MC agak lama selepas itu berikutan kecederaan yang diterima. Hingga ke petang dan sewaktu bersiap untuk pulang dari kolej, tiada apa-apa perkara yang tak diingini berlaku kepada kami.

———————————————————-

Sebenarnya kita masih boleh memilih jalan penyelesaian selain daripada pergaduhan. Contohnya jika Jefri tak melakukan serangan pada pagi tu, tentu dia tidak akan menerima apa yang dia terima pada petang tu. Hampir meragut nyawanya. Sepatutnya dia perlu berbincang seperti yang dia lakukan pada waktu petang itu. Tapi sayangnya semua dah terlambat….

Perkara itu mungkin akan menyebabkan Jefri ingat sampai hari ini. Dan selepas itu juga mungkin Jefri baru sedar yang kata-katanya Langit itu tinggi atau rendah seolah-olah ditujukan kepada dirinya sendiri

TAMAT


Facebook Comments

Incoming search terms:

  • geng 30 pekida (42)
  • budak tiga line (40)
  • pekida kelantan (35)
  • geng pekida bergaduh (34)
  • geng satu hati (21)
  • ayahanda pekida kena tetak (19)
  • pekida bergaduh (14)
  • perkida (12)

Comments are closed.

Close