Nahas Di Baling: Dua Maut Kereta Terbabas

Dua maut apabila kereta yang dinaiki sembilan sekeluarga terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Baling-Weng, Kampung Seberang Pekan dekat sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu turut menyebabkan tiga lagi cedera manakala yang lain selamat.

Mohd Shaznor Hafiz Azizul, 21 dan Mohd Iqwan Haris, 4, maut di tempat kejadian, manakala yang cedera termasuk pemandu Perodua Alza tersebut Marzuki Abdul Razak, 37.

Identiti yang lain sedang dikenal pasti dan kejadian dipercayai berlaku akibat pemandu mengantuk, kata Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Baling, Cif Insp Mohd Basirul Hapi Ibrahim kepada Bernama.

“Mohd Shaznor yang memangku Mohd Iqwan yang duduk di sebelah pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala kerana terkena besi pembahagi jalan,” katanya.

Mohd Basirul berkata, keluarga itu dipercayai dalam perjalanan ke Bandar Baharu, Kulim selepas mandi di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di sini.- Bernama

Sinar Harian.

—————————————–

Tempat kejadian tu dah berhampiran dengan rumah mertua Belalang. Al-fatihah kepada yang terkorban.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close