Keputusan Pakistan vs Malaysia Pusingan Kedua: Pra Kelayakan Olimpik

Tentu ramai yang ternanti-nanti bagaimanakah keputusan pertemuan diantara Malaysia dan Pakistan di Lahore pada malam ini? Agak kecewa Belalang apabila tiada siaran langsung yang dapat disaksikan berikutan terdapat masalah satelit.

Dari sumber berita yang Belalang dapat, perlawanan pada malam ini berkesudahan dengan 0-0. Bermakna Malaysia layak untuk kepusingan seterusnya! Syabas Malaysia. Berkat usaha keras anda di laman sendiri tempoh hari, tak sia-sia.

Lain-lain keputusan perlawanan malam ini belum dapat Belalang pastikan. Belalang juga kurang pasti siapa bakal menjadi lawan Malaysia selepas ini. Apa-apa pun pasukan Malaysia telah melakukan tugas mereka dengan baik. Bangga dengan anda skuad Malaysia.

Malaysia Boleh!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close