Jamil Khir: Sah Akad Nikah Dimana-mana

Belalang dah agak tentu akan ada yang salah faham dengan kenyataan Datuk Ahmad Jusoh, salah seorang Majlis Fatwa Perlis berkenaan dengan akad nikah di dalam masjid. Jika ingin membaca entry itu, klik sini.

Kenyataan Datuk Ahmad Jusoh itu telah mendapat respon daripada salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Lihat kenyataan balas Datuk Seri Jamil Khir dibawah ini-

————————————–

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah tidak salah kerana perkara itu sah dilakukan di mana-mana sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Beliau berkata tindakan itu sebaliknya memudahkan tugas imam yang terpaksa menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.


“Kalau imam terpaksa menikahkan banyak pasangan pada hari yang sama, lebih mudah ia diadakan setempat seperti di masjid.


“Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi salah satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Untuk membaca berita penuh, klik sini.

—————————————

**Islam tu agama yang memudahkan penganutnya. 





Facebook Comments

Comments are closed.

Close