Idea Update Blog

Kebelakangan nih Belalang perhatikan ramai kawan-kawan blogger Belalang seperti blur untuk update entry blog. Kalau dahulu satu hari 4, 5 entry boleh publish, tapi sekarang hanya 1 atau 2 entry saja dalam satu hari. Itu pun hanya entry copy paste dari akhbar online.

Sebenarnya Belalang juga berada dalam situasi begitu. Bukan tiada idea, ada. Tapi tak dapat nak kembangkan idea itu. Tak dapat nak kumpulkan isi kepada tajuk yang dirasakan sesuai. Bila sudah mula tulis, selepas itu idea seperti tiba-tiba hilang. Belalang rasa mungkin kawan-kawan blogger Belalang juga berada dalam situasi begitu?
Adakah itu menunjukkan yang masalah ini timbul kerana tekanan yang dihadapi untuk mengupdate blog setiap hari? Atau itu disebabkan kita cuba menulis secara sambil-lewa? Susah jugak jadi blogger ni ye. Susah untuk menghasilkan sesuatu penulisan yang original dari fikiran kita. Setakat nak copy paste tak perlu pun nak fikir panjang-panjang. Ambil jer apa tajuk yang dirasakan sesuai, copy dan paste. Pada bawah entry tinggalkan sedikit kredit dari mana datangnya entry itu.
Bagaimanakah cara paling sesuai untuk menyelesaikan masalah ini? Biasanya apabila sudah ada idea, bagaimana korang kembangkan idea itu? Mungkin kepada mereka yang mempunyai cara untuk mengatasi masalah ini boleh berkongsi pada ruangan komen dibawah supaya ia dapat dijadikan rujukan oleh Belalang dan juga blogger-blogger lain yang sering berhadapan dengan masalah ini.
Terima kasih.
Facebook Comments

Comments are closed.

Close