Gelak Santai: Pemandu Bangang & Joni Di Neraka

Datuk K dan Datuk M duduk di lobi hotel sambil mengutuk pemandu masing-masing.

“You tau,” kata Datuk K, “driver I tu bodoh betul! cuba you tengok ni.”

Terus Datuk K panggil pemandunya yang sedang duduk berbual dengan pemandunya Datuk M di luar hotel. Apa lagi, mencicit lelaki itu mendapatkan Datuk K.

“Dol,” kata Datuk K, “ini duit 10 ringgit, pergi kedai kereta. Belikan saya Mercedes mata belalang, dua”

“Baik Datuk! sekarang juga saya pergi.” Macam lipas kudung Dol berlari ke kedai kereta setengah kilometer dari situ.

KAH! KAH! KAH!

Dua orang Datuk berlagak itu ketawa berdekah-dekah. “Tengok… aku dah cakap. Driver aku tu memang bodoh!” Kata Datuk K sambil menekan-nekan perut kerana terlalu geli hati.

Selepas penat ketawa, Datuk M pula mengutuk pemandunya.

“Pemandu I lagi teruk. Kalau you tak percaya tengok ni.” Dia pun memanggil pemandunya, Rambo. Berlarilah RAmbo mendapatkan bosnya itu.

“Rambo,” kata Datuk M “pergi ke rumah saya, cuba tengok samada saya ada di rumah atau tidak!”

“Baik Datuk! sekarang juga saya pergi!!” balas Rambo lalu terus cabut ke rumah Datuk M, satu kilometer dari situ.

KAH! KAH! KAH!

Dua-dua Datuk itu ketawa sampai terkencing!

“Nampak apa yang I katakan tadi? Dia langsung tak gunakan otak, mana boleh I ada di dua tempat dalam satu masa. Kah kah kah!” Datuk M ketawa terbahak-bahak. Datuk K pun ketawa macam nak habis nafas.

Nak dijadikan cerita kedua-dua pemandu itu bertembung di pertengahan jalan. Dol menggeleng kepala, cakap pada Rambo “Bos aku tu bodoh betullah. Dia kasi aku 10 ringgit, suruh aku beli Mercedes dua biji. Mana boleh? Kau pun tau sekarangkan hari minggu, semua kedai kereta tutup!”

Rambo angguk lima enam kali. “Betul tu, betul,” katanya bersungguh-sungguh.
“Tapi aku rasa bos aku lagi bodoh! Ada ke patut dia suruh aku balik, tengok samada dia ada di rumah atau tidak… padahal diakan boleh check sendiri, telefon jela!”

————————————————–

Joni yang merupakan seorang kaki perempuan, kaki minum, kaki judi dan segala-gala jenis kaki, telah koma selepas motosikalnya berlanggar dengan sebuah treler. Sewaktu koma itu, Joni tiba-tiba melihat dirinya dibawa ke neraka. Kemudian, kedatangannya ke neraka yang panas berapi itu telah disambut oleh seekor syaitan.

Syaitan: Helo geng, selamat datang ke neraka… Hahaha!!! sekarang bagitau aku kenapa engkau dimasukkan ke neraka?

Joni: Engkau teka sendirilah, engkaukan syaitan. Sekarang aku nak tau nraka ni teruk ke?

Syaitan: Emmm… Okeylah. Kami kaum-kaum syaitan ni memang seronok duduk dalam neraka. Joni, engkau ni kaki minum tak?

Joni: Tentulah! semua jenis arak aku sebat.

Syaitan: Wah, kalau macam tu kau tentu suka hari Ahad. setiap hari Ahad kita orang akan mabuk-mabuk. Wiski, tequila, guinness, wain, todi, samsu… Kita orang minum sampai muntah.

Joni: Wow! hebat tu…

Syaitan: Engkau merokok?

Joni: Memanglah. Satu hari lima kotak. Kenapa?

Syaitan: Bagus! Kalau macam tu kau tentu suka hari Isnin. Setiap Isnin kita akan dapat rokok paling baik di dunia dan kita boleh hisap sepuas-puas hati, hahaha! Kalau kau ada kanser pun tak apa, sebab kau dah mati.

Joni: Best jugak ek neraka ni! Aku dah tak sabar nak hisap rokok…

Syaitan: Tengok pada muka engkau, aku rasa engkau ni mesti kaki judi. Betul tak?

Joni: Tepat sekali, geng. Aku adalah raja judi, hahaha!

Syaitan: Bagus, bagus! Hari Selasa adalah hari kita orang berjudi. Engkau nak main apa… blackjack, roulette, poker, slot, nombor ekor, toto, semua ada. Kalau bankrap pun tak apa, kita kan dah mati.

Joni: Hahaha… Tak sangka neraka ni best jugak, ek?

Syaitan: Okey, last sekali, engkau ni gay ke Joni?

Joni: Gay? Sori ya, aku benci gay! Ada ke patut kena tungging buntut lepas tu !@##$%^^ Bodoh!

Syaitan: (Muka berkerut) Kalau macam tu tentu engkau tak suka hari Khamis, Jumaat dan Sabtu!

(Habis saja adengan itu, Joni terus terjaga dari koma. Mimpi ngeri itu menyebabkan Joni bertaubat.Dengarnya Joni sangat alim sekarang ini… Bagus la macam tu)

Diambil dari blog berdekah

Facebook Comments

Comments are closed.

Close