Gambar Belalang Hijau Perisik Dicuri?

Fuh! macam artis pulak tajuk atas tu. Siap ade yang main curik-curik gambar Belalang. Kalau awek takpe la jugak org nak curi gambar dia pun. Mungkin sebab dia cantik, seksi maka menyebabkan mana-mana lelaki yang melihat pic dia di FaceBook terus amik simpan dalam folder. Nak buat pe? Ntah mane la Belalang tau :-p

Korang ingat lagi tak gambar Belalang yang ini? Belalang ade letak pic nih dalam entry Kena Tag Pulak!. Kemarin time tengah guna FB, sambil-sambil melihat tajuk-tajuk ping entry blogger, Belalang jugak melihat status-status teman-teman FB.

Tiba-tiba seperti tak percaya Belalang lihat gambar Belalang yang di sebelah ni telah digunakan oleh rakan FB untuk dijadikan pic profile FB nya!. Belalang rasa mungkin dia Google gambar itu dan kesilapan Belalang pula ialah tak letak water mark pada gambar itu.

Merasakan si pengguna itu tidak sengaja mengambil gambar itu, Belalang dengan penuh sopan santunnya menghantar email kepadanya meminta supaya di tukar pic profile yang lain. Takut-takut nanti ade pula yang keliru mana satu profile FB Belalang yang sebenar. Nasib baik si pengguna gambar Belalang itu memberikan kerjasama yang baik.

Pas ni gambar apa pun yang akan Belalang upload di internet, Belalang akan pastikan ada water mark. Perkara ini sudah menjadi mengajaran kepada Belalang. Korang pun hati-hati jugak ye…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close