Copy Entry, Kasi La Backlink…

Entah dah kali keberapa Belalang terperasan akan hal ini. Tapi malas nak pikir panjang-panjang. Dunia blog ni kecik jer, pusing-pusing jumpa orang yang sama jugak. Sori la Belalang membebel sket kat korang. Bukan salah korang pun tapi saja nak suruh korang amik tau. Ngee…

Dah beberapa kali entry Belalang di copy oleh blogger-blogger lain. Setiap kali Belalang terlihat hal itu, akan Belalang tegur blogger itu secara elok. Belalang anggap blogger itu mungkin blogger baru dan masih belum mengetahui apa itu backlink. Belalang tak suka pikir negatif pada orang.

Dan untuk kali ini secara rasminya Belalang nak berpesan kepada mana-mana blogger yang mahu berkongsi entry yang ditulis oleh Belalang, silakan. Tapi tolong la kasi kredit atau backlink kepada Belalang. Belalang pun penat-penat karang ayat sendiri. Kalau korang skroll blog Belalang hingga bawah sekali, korang akan terperasan yang Belalang memang dah tulis akan perkara ini.

Setiap penulisan Belalang adalah hak milik Belalang kecuali entry yang Belalang publish itu juga Belalang cedok dari blogger lain (semestinya dinyatakan dan ada backlink). Tak tahu silalah bertanya. Belalang bukanlah seorang yang kedekut dengan ilmu. Apa yang boleh dikongsikan akan Belalang kongsi.

Harap-harap selepas ini tiada lagi hal-hal sebegini terjadi. Mungkin hari ini Belalang tegur secara berhemah kepada blogger-blogger itu. Tapi jika suatu masa nanti Belalang jumpa blogger yang sama juga masih copy entry Belalang tanpa memberi kredit atau ucapan terima kasih, mungkin tiada lagi teguran sopan dari Belalang kepada anda!

Respect each other!



Facebook Comments

Comments are closed.

Close