Ciri-ciri Blogger Mahal

Salam Sejahtera kepada rakan-rakan pengunjung bawah tanah sekalian. Amacam cuaca di tempat korang? Area Belalang time nih sedang panas terik biar pun jam telah menunjukkan pukul 5 petang. Tapi cuaca begini tak menentu. Sebelah malam cuaca belum tentu sebegini, mungkin juga hujan akan turun.

Sambil-sambil membaca blog kawan-kawan tadi, tiba-tiba Belalang mendapat idea untuk berkongsi dengan korang perihal ‘blogger mahal’. Apa tu blogger mahal? Agak-agak korang ada tak ciri-ciri blogger sebegini? Meh tengok ciri-ciri yang Belalang list kan di bawah ini-

Tak suka blogwalking
Kebiasaannya blogger kategori mahal ni jarang blogwalking. Mungkin ada juga dia lawat blog blogger-blogger lain. Tapi kebiasaannya dia lebih suka menjadi silent reader. Pastu tiba-tiba jer entry. Pun begitu walaupun blogger mahal tak suka blogwalking atau jarang melakukannya, traffik blog blogger mahal tetap mencanak tinggi kerana dia memang seorang yang mahal, orang sentiasa saja mencari sesuatu di blognya.


Jarang komen entry
Blogger mahal memang jarang komen pada entry-entry blogger lain sebarangan. Di shoutmix atau cbox lagi la jangan harap. Kalau dia komen pun hanya pada entry yang perlu dia komen atau lontarkan pendapat. Kebiasaannya apabila blogger mahal sudi komen pada entry kita, sure tuan blog tu kan rasa bangga sangat sebab berjaya membuat blogger mahal bersuara di blognya.


Follow blog tertentu
Blogger mahal jarang main follow-follow blog dengan sebarangan. Dia hanya follow blog yang dia sendiri saja ada alasan mengapa dia follow blog tersebut. Sama seperti di atas, jika berjaya membuat blogger mahal follow blog kita, sure tuan blog bangga ya amat. Hee


Reaksi kita apabila blogger mahal singgah
Kebiasaanya jika kita tau blogger mahal telah sudi datang mencemar duli ke blog kita, perasaan gembira dan hepi kita sukar digambarkan dengan kata-kata atau penulisan. Ada yang siap buat entry kasitau blogger mahal ini telah sudi datang ke blog kita. Itu pun belum mampu menggambarkan sepenuhnya perasaan terharu kita dengan kehadiran blogger mahal ke blog kita.

Ada lagi ciri-ciri blogger mahal tapi cukup la belalang list banyak tu jer. Korang sendiri la pulak tambah di kotak komen. Belalang kategorikan blogger begini sebagai ‘blogger mahal’ kerana kehadiran mereka ke blog kita sentiasa dinanti-nantikan. Ada juga yang hingga meluahkan perasaan hampa dan kecewa kerana ‘blogger mahal’ tidak sudi mencemar duli ke blognya. Tengok, betapa mahalnya blogger itu kan? Blogger otai dan ‘blogger mahal’ berbeza tau. Blogger otai ada juga yang tetap mengamalkan beberapa perbuatan seperti kunjung-mengunjung blogger-blogger lain.

Jadi, korang ada tak ciri-ciri begitu? Korang rasa ciri-ciri itu perlu ke kepada seseorang blogger? Cepat-cepat kasi pendapat. Hee…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close