Chong Wei Juara All England

Memang menarik perlawanan diantara Lee Chong Wei dan Lin Dan sebentar tadi. Mata yang pada mulanya dah layu kembali segar melihat permainan yang menarik dari dua pemain ini.

Datuk Lee Chong Wei berjaya mengalahkan Lin Dan dengan mata 21-17, 21-17. Strategi Chong Wei yang bersabar melayan Lin Dan dan hanya menanti kesilapan dari Lin Dan nampaknya berjaya.

Beregu negara pula Koo Khen Kiat dan Tan Boon Heong telah tewas kepada pasangan beregu Denmark. Namun permainan mereka juga tidak la begitu menghampakan.

Sekali lagi Belalang ucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close