Britain, AS Serang Libya: Apabila Polis Dunia Masuk Campur

Kemelut di Libya menyaksikan Britain dan Amerika Syarikat (AS) campur tangan apabila Britain menghantar pesawat pejuangnya membedil negara itu. Ia sebahagian daripada pelan yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Berikut adalah beberapa laporan berita yang Belalang himpunkan daripada akhbar Berita Harian Online.

———————————

Britain sahkan jet pejuangnya serang Libya


LONDON: Britain mengesahkan pesawat pejuangnya, Tornado melancarkan serangan roket pertama ke atas Libya sebagai sebahagian daripada tindakan yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas negara bergolak itu. 


“Saya kini boleh mengesahkan Tentera Udara Diraja (RAF) juga melancarkan roket Stormshadow dari beberapa pesawat pejuang jenis Tornado GR4 ke atas Libya,” kata jurucakap tentera Britain, Maj Jen John Lorimer.

********************


Serangan ke atas Libya ‘diselaras’ AS


PARIS: Serangan udara tentera Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat (AS) awal pagi ini ke atas wilayah Libya diseleraskan menerusi ibu pejabat tentera AS di Jerman, menurut pegawai tentera Peranchis kepada AFP. 


“Operasi multilateral ini diseleraskan oleh Tentera Pemerintah Udara AS yang berpangkalan di Eropah di ibu pejabatnya di Stuttgart, Jerman,” kata pegawai itu yang enggan namanya disebut.


Beliau berkata, AS mempunyai peranan strategik dalam membuat penyelarasan seranagn itu dengan memberi arahan terhadap tentera Bersekutu.


Sebahagian pasukan bersekutu itu membabitkan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) yang menawarkan 24 pesawat jenis Mirage 2000-9 and F-16) dan Qatar antara empat dan lima pesawat 2000-5, katanya.

********************

Lebih 110 roket Tomahawk AS, Britain dibedil ke Libya


WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat dan Britain menembak sekurang-kurangnya 110 roket jenis Tomahawk ke arah Libya bagi melumpuhkan pertahanan udara rejim Presiden Muammar Gaddafi. 


Naib Panglima Angkatan Tentera Amerika, William Gortney memberitahu pemberita roket Tomahawk itu dilancarkan oleh kedua-dua kapal perang dan kapal selam milik Amerika dan Britain ke arah 20 sistem penyelarasan pertahanan udara bersama dan kemudahan pertahanan pesisir Libya.


“Roket pertama ditembak jam 1900 GMT diikuti serangan udara yang dilancarkan pesawat pejuang tentera Peranchis,” kata Gortney, yang juga pengarah staf bersama tentera Amerika Syarikat.


“Ia adalah fasa pertama daripada pelbagai peringkat operasi serangan,” katanya. 


“Oleh kerana ketika itu waktu malam di sana (Libya), ia mengambil masa untuk kita mengetahui lebih lengkap kejayaan serangan ini,” katanya.

********************

48 maut, 15 cedera serangan roket di Libya

TRIPOLI: Stesen televisyen Libya memetik tentera negara itu yang mengesahkan setakat ini 48 maut manakala 15 lagi cedera dalam serangan udara pertama tentera Bersekutu, awal pagi tadi. 

Serangan itu membabitkan sepanjang pesisir pantai barat dan timur terutama di bandar Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi.
———————————
Dunia meyaksikan sekali lagi orang-orang yang tidak berdosa akan terkorban akibat pergolakan dan juga campur tangan pihak asing dalam pentakbiran sesebuah negara. Semoga kemelut ini segera berakhir.
Facebook Comments

Comments are closed.

Close