Blog PageRank Tinggi Tapi…

Belalang ni ada satu hobi yang agak pelik tau dalam dunia blog nih. Bukan la pelik macam mana pun. Tapi satu perangai Belalang ialah Belalang suka intai trafik blogger-blogger lain. Tapi Belalang rase korang pun macam tu jugak kan?
Macam mana Belalang intai? Biarlah itu menjadi rahsia Belalang. Nanti kalau Belalang ajar korang, tak pasal-pasal korang datang skodeng trafik blog ni pulak. Malu la Belalang. Dah la trafik ciput jer. Berbalik pada apa yang nak Belalang kisahkan.
Belalang suka mengkaji satu-satu blog tu dari mana datang trafiknya, keyword apa yang blog tu ada dan kekerapan trafik yang masuk ke blognya dalam satu-satu masa. Perkara ini sebenarnya dapat membantu kita dalam memantapkan lagi isi kandungan dan juga persembahan blog kita.
Boleh dikatakan semua blog yang hebat-hebat akan Belalang kaji. Kebiasaannya Belalang mengkaji blog yang mempunyai Page Rank (PR). Disebabkan blog Belalang masih PR0, jadi Belalang kerap mencari jalan bagaimana nak menaikkan PR blog ini pada masa akan datang.
Namun Belalang agak pelik dengan beberapa blog yang Belalang lihat mempunyai PR yang tinggi tapi keyword yang masuk amatlah jarang-jarang. Jika dibandingkan dengan blog ini, rasanya blog ini lebih tinggi keywordnya dan kekerapan trafik yang masuk dalam satu-satu masa juga agak memberansangkan.
Disini mula timbul persoalan, bagaimana Google memberi PR pada sesebuah blog? Tak dinafikan usia blog juga menjadi salah satu sebab mendapat PR. Namun apalah gunanya kelebihan PR  jika tuan blog itu tak pandai memanfaatkan kelebihan yang ia miliki?
Pesanan Belalang kepada mereka yang mempunyai PR blog, silalah gunakan sebaik-baiknya kelebihan yang diberikan oleh Google itu kepada anda. Dan kepada blogger yang masih PR0 seperti Belalang, jangan putus asa, jom kita berusaha lagi sampai boleh medapat PR dari Google. Silap-silap haribulan PR blog kita boleh sama tinggi dengan Facebook iaitu 10 (berangan) Hahaha
Facebook Comments

Comments are closed.

Close