Belalang Junior Dua Tahun

Hari ni genap umur Belalang Jr. dua tahun. Rasanya macam baru semalam melihat dia di katil wad baby. Dua tahun lalu tepat pukul 12 tengahari Mrs.Belalang selamat melahirkannya setelah sehari ditahan di wad akibat lebih tarikh yang dijangka oleh doktor.

Berdebar-debar sewaktu pertama kali Belalang nak menyentuh zuriat pertama Belalang itu. Belalang perhatikan betul-betul setiap inci tubuh badan Belalang Jr. Periksa kaki dan tangannya selepas itu bilang pula samada cukup setiap bilangan jari-jemarinya. Dan akhirnya Belalang bernafas lega. Segera Belalang panjatkan syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan seorang cahaya mata yang comel dan tiada cacat celanya.

Kehadirannya benar-benar membawa sinar kecerian dalam family Belalang. Kebelakangan ni setiap sebutannya juga sudah dapat kami fahami menjadikan Belalang dan Mrs.Belalang sentiasa saja tersenyum mendengar tutur bicara dan juga nyanyiannya.

Sempena dengan kelahirannya yang kedua ini, Belalang bercadang mahu membawanya keluar bersiar-siar sebentar lagi. Tapi masih belum tahu kemana nak bawak Belalang Jr. pergi. Namun yang pasti Belalang nak bawanya ke satu tempat dimana dia bebas berlari dan bermain dengan sepuas-puasnya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close