Azraai Khor Sah Jurulatih Negeri sembilan

Persoalan sebelum ini yang Belalang suarakan dalam entry Azraai Khor Jurulatih baru Negeri sembilan? telah terjawab apabila keputusan rasmi telah dicapai. Azraai sah akan membimbing pasukan Negeri Sembilan dalam menghadapi baki saingan liga super musim ini.

————————————–
Tidak sampai tempoh seminggu Wan Jamak Wan Hassan meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, kini tugasnya diambil alih oleh jurulatih berpengalaman, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang berkuat kuasa, semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengurus Pasukan Negeri Sembilan, Datuk Abd. Halim Abd. Latif bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas jurulatih kelahiran Johor itu menyerahkan surat perletakan jawatannya pada 17 Mac lalu.

”Keputusan melantik Mohd Azraai sebagai pengendali baru pasukan ini telah dicapai hasil daripada rundingan dan persetujuan antara pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dengannya, baru-baru ini.

”Kita tidak boleh biarkan jawatan ini dibiarkan kosong terlalu lama kerana musim sedang berjalan dan ia juga boleh terus merencatkan prestasi pasukan sekiranya kita tiada pemimpin yang berkaliber,” katanya di sini, semalam.

Menurut Abd. Halim, bekas pengendali Harimau Muda A itu akan menjawat jawatan berkenaan berkuat kuasa, semalam melalui ikatan kontrak selama dua tahun.

”Kita memilih Mohd. Azraai kerana dia merupakan calon yang paling sesuai berdasarkan rekod cemerlang beliau membimbing Kedah untuk mendapat gelaran ‘Treble’ dua tahun berturut-turut pada tahun 2007 dan 2008.


Untuk membaca berita penuh, klik sini.

———————————————

Belalang ucapkan selamat menjalankan tugas di tempat baru. Apapun keputusan yang diambil Azraai, Belalang yakin itu yang terbaik untuk dirinya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close