Aksi Pertama Safee Sali: Pelita Jaya 1 – 0 Sriwijaya FC

Setelah berpindah ke Indonesia mewakili kelab Pelita Jaya, hari ini menyaksikan perlawanan pertama Safee Sali mewakili kelab barunya itu dimana berkesudahan Pelita Jaya menang 1 berbalas 0 hasil jaringan Safee Sali.

Belalang tak dapat menyaksikan keseluruhan perlawanan itu akibat line internet yang sangat mendukacitakan. Kejap-kejap putus. Namun Belalang berasa amat berbangga kerana Safee Sali menepati ramalan yang dia akan membawa kelabnya itu keluar dari menghuni dasar liga.
Safee menjaringkan gol yang amat berharga itu pada minit 63′ denggan rembatan yang sangat kencang. Err, ini bukan Belalang yang cakap tau. Tapi Padinno yang kasitau. Hahaha
Sekalung tahniah kepada Safee Sali atas persembahan yang memberansangkan pada aksi sulungnya. Semoga dia berjaya membawa Pelita Jaya menjadi sebuah pasukan yang gemilang seperti yang dia lakukan bersama pasukan Selangor.
Facebook Comments

Comments are closed.

Close