Umpama Mandi Lima Kali Sehari

Jabir r.a menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Lima kali solat setiap hari itu umpama sebuah anak sungai mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi didalamnya lima kali sehari.”

Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bertanya pada sahabatnya: “Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seseorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?”.

Jawab para sahabat: “Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya”.

Sabda rasulullah: “Begitulah umpama kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. dengan limpah rahmat Allah ia menghapuskan segala dosa”.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close