Tips Buang Banner G.A Dan Contest

Tips? Hahaha… Saje je guna ayat tips pada mula tajuk tu. Kasi korang hairan bin ajaib dan terus berada dalam keadaan misteri dengan tajuk tuh.

Sebenarnya Belalang nak tegur sket jer pada korang yang selalu atau suka sangat join G.A dan contest. Pantang nampak G.A nak join. Pantang nampak contest nak join. Bukan Belalang kata salah join. Bagus perbuatan korang tu. Disamping mencuba nasib, korang jugak telah dengan baik hati memeriahkan G.A dan contest si penganjur tu. Bagus niat korang tu.

Tapi yang tak bagusnya ialah bila contest tu dah abis, korang still biar jer banner contest tu tertempek di sidebar korang. Setakat satu banner contest ok la boleh ditertima. Ni yang Belalang agak pelik sampai penuh sidebar dengan banner contest yang dah tamat. Pulak tu ade tadi Belalang tengok di satu blog ni, contest tu dah abis pertengahan tahun sudah lagi. Siap pemenang pun dah dapat hadiah contest tu.

Jadi pasni sape-sape kat sidebar ade banner contest atau G.A yang dah tamat tempoh tu, seelok-eloknya korang buang la sebab memberatkan blog korang jer. Jangan malas sangat. Cepat! cepat! susunatur balik blog korang. Arahan rasmi dari Belalang Hijau Perisik. Hahaha…

Facebook Comments

Comments are closed.

Close