Rindu Padanya…

Sudah seminggu Belalang tidak bertemu dengan puteri kesayangan Belalang. Sape lagi kalau bukan Belalang Jr. Start saje cuti sekolah, Belalang terus hantar dia tinggal di kampung Baling. Cuti sekolah macam ni memang Belalang dan Mrs. Belalang sedia maklum yang kedai kami memang tak menang tangan melayan pelanggan.

Memang terasa betul ketiadaan Belalang Jr. di sisi. Paling dirindui adalah perangai nakal dia. Ade je benda yang dia nak buat. Tak boleh duduk diam. Kejap tarik sana, kejap sepah sini. Kejap-kejap dia dengan sengaja mengambil apa-apa barang Belalang yang penting selepas itu dengan sengaja tayang pada Belalang. Bila di hampiri dia akan lari terkedek-kedek sambil ketawa. Memang sengaja nak suruh kejar la tu…

Malam ni selepas tutup kedai Belalang akan ke sana untuk mengambil Belalang Jr. pulang. Tidur di Baling satu malam. Esok pagi baru bertolak balik ke Kulim.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close